KRT


Penubuhan Rukun Tetangga
(Jab. Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional

                  

Pada 10hb Ogos 2003, PPKAMARA telah menganjurkan satu majlis taklimat khas tentang penubuhan Rukun Tetangga (RT) di Kampung Malaysia Raya. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh pelbagai lapisan penduduk kampung yang secara sukarela untuk terlibat di dalam penubuhan RT tersebut.


Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara (JPN). Beliau telah menerangkan tentang fungsi dan peranan yang boleh dimainkan oleh RT sesebuah tempat. Pelbagai insentif juga boleh diperolehi sekiranya RT sesuatu tempat tersebut memainkan peranan yang aktif dalam menjalankan aktiviti.


Secara amnya RT yang diwujudkan akan menjadi salah satu ex-officio yang bernaung di bawah PPKAMARA. Selain dari itu, terdapat juga sessi soal jawab mengenai permasalahan yang ingin diketahui oleh para hadirin yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang RT. Sambutan yang diberikan semasa majlis taklimat tersebut juga amat menggalakkan di mana seramai 55 orang ahli Persatuan Penduduk telah terlibat. Seramai 30 orang telah dipilih untuk menjadi AJK KRT Kampung Malaysia Raya.



No comments:

Post a Comment