CCH


PENGENALAN

Oleh kerana Kg Malaysia Raya mempunyai struktur yang jelas lagi ditadbir urus dengan sistematik, pihak AADK WPKL telah memilih Komuniti ini untuk diujudkan sebuah CCH bagi membantu Pengguna Dadah mendapatkan Khidmat Nasihat disana.


Pelbagai usaha dalam bidang rawatan dan pemulihan, pencegahan dan pencegahan penagihan semula telah dijalankan untuk merealisasikan visi Negara Bebas Dadah sejak tahun 2013 menubuhannya. Program Rawatan Dan Pemulihan bukan sahaja dilaksanakan di dalam institusi, malah ianya juga dilaksanakan di dalam komuniti sebagai kesinambungan untuk mengekalkan kepulihan iaitu, dengan mewujudkan Caring Community House (CCH) di Kg Malaysia Raya.

·         Mempelbagaikan program rawatan dan pemulihan dalam komuniti.
·         Memperkasakan peranan komuniti setempat untuk membantu bekas-bekas penagih dadah meneruskan kepulihan.
·         Menggunakan kepakaran sedia ada dalam komuniti bagi melaksanakan program pemulihan yang sesuai keada klien yang memerlukan.
·         Membantu penagih-penagih dadah kembali berfungsi dan dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang produktif.
·         Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat agar turut bersama-sama AADK bagi menangani permasalahan dadah melalui program pendampingan, pencelahan, pencegahan dan pemulihan.





PERKHIDMATAN CARING COMMUNITY HOUSE (CCH) KG MALAYSIA RAYA
·         Mempelbagaikan program rawatan dan pemulihan dalam komuniti;
·         Memperkasakan komuniti setempat ke arah membantu bekas-bekas penagih dadah meneruskan kepulihan;
·         Menggunakan kepakaran sedia ada dalam komuniti melaksanakan program pemulihan yang bersesuaian;
·         Membantu penagih-penagih dadah kembali berfungsi semula dan seterusnya dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang produktif; dan
·         Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat turut bersama-sama menangani permasalahan dadah melalui program pendampingan, pencelahan, pencegahan dan pemulihan

Program / Aktiviti yang dijalankan di CCH adalah seperti berikut : 
Program yang digerakkan oleh komuniti setempat :
• Aktiviti Kemasyarakatan ;
• Program Kerohanian ;
• Sukan dan Riadah ;
• Outing / Excursion ; dan
• Program Sambutan Hari Kebesaran dan Perayaan

Program yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya :
• Bimbingan ;
• Kelompok Sokong Bantu;dan
• Maklumat dan Pendidikan



Video Klip Khas CCH Kg Malaysia Raya

CARTA ORGANISASI CCH Kg Malaysia Raya


AKTIVITI 


Bersama AJK CCH Kg Malaysia Raya pada awal Penubuhannya



Mesyuarat berkala antara AADK dengan AJK CCH




Peranan Sdr Kamarul sebagai PRS yang bertugas di CCH Kg Malaysia Raya



Lawatan YB Menteri Dalam Negeri Singapore
ke CCH Kg Malaysia Raya 3 Disember 2013





Program CCH dalam Komuniti serta Kawasan dalam Parlimen


No comments:

Post a Comment