SRS


SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)
KAWASAN RUKUN TETANGGA
KG MALAYSIA RAYA
(DAERAH CHERAS)
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

10 Ogos taklimat Penubuhan SRS di KRT Kg Malaysia Raya

     
PENDAHULUAN

Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di yang telah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988. Dan telah mendapat kelulusan rasmi pada tahun 2004.
Skim ini dikendalikan oleh sebahagian besar Ahli Jawatankuasa dan aktivis penduduk setempat dengan mengutamakan espek keselamatan serta rondaan yang dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di keseluruhan kawasan rondaan yang telahpun diwartakan.
Skim Rondaaan Sukarela, Kg Malaysia Raya  (SRS KAMARA) dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang semakin meningkat pada masa sekarang. Ini lebih ketara lagi apabila pembangunan sekeliling kawasan KRT Kg Malaysia Raya ini pesat dibangunkan oleh Kerajaan mahupun swasta.
        Sehingga Disember 2009 seramai 39 orang telah mendaftar sebagai Sukarelawan yang dimaksudkan dan berjaya membantu KRT dalam menjayakan segala aktiviti penduduk setempat selain menjaga keselamatan sehingga menjadikan KRT Kg Malaysia Raya diterima baik oleh penduduk serta masyarakat setempat.
 Pelancaran Rasmi peringkat WPKL pada 16 Julai 2004

 Dilancarkan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Isa Abdul Samad

 Pertunjukan Seni Pertahankan diri "Silat Chekak"

Wakil SRS dari KRT lain di WPKL

Pengenalan
Sejak peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan, Peranan SRS KAMARA sememangnya menjadi buah mulut penduduk. Selain menjaga keselamatan, penglibatan anggota SRS adalah juga seumpama pasukan penanggah kampong dalam menjayakan semua aktiviti kemasyarakatan setempat.

Matlamat
Keujudan KRT di Kg Malaysia raya telah disambut baik oleh kepimpinan Masyakat pada awal penubuhannya pada awal tahun 2003 yang lalu. Permohonan bagi menubuhkan SRS pula menyusul beberapa bulan berikutnya dan telah mendapat kelulusan segera oleh pihak JPNIN Negeri berdasarkan latar belakang masyarakat setempat yang komited. Ini kerana, Kg Malaysia Raya menerusi Persatuan Penduduk sememangnya menjalankan aktiviti kawalan khususnya sepanjang bulan Ramadhan sejak 4 tahun sebelumnya. Jesteru itu, kehadiran SRS dapat diibaratkan seumpama
“sudah mengantuk disorongkan bantal” Disamping Keselamatan, SRS telah Berjaya merapatkan dan menjadi penghubung organisasi KRT dengan penduduk serta agensi kerajaan yang berurusan dengan organisasi penduduk yang lain.



Sessi Interview Program NBOS 2013


Aktiviti selain meronda menjaga keselamatan (Gambar rujuk Lampiran)
1.  Gotong-royong membersih kawasan kampung
2.  Gotong-royong membersih Tanah Perkuburan bersama PDRM
3.  Menyediakan kawalan keselamatan semasa acara/aktiviti kampung
4.  Menyertai pertanding bowling anjuran JPNIN
5.  Menyertai Krusus dan bangkel anjuran JPNIN dan Agensi Kerajaan
6.  Mengadakan Lawatan sambil belajar ke KRT  lain diluar KL
7.  Menjalinkan kerjasama dengan SRS/Rela/PDRM serta agensi lain

     PUSAT RONDAAN SUKARELA

Dewan Kg Malaysia Raya adalah Pusat Utama bagi sebarang aktiviti SRS KAMARA. Ini termasuklah bagi tujuan:
a)    Bermesyuarat
b)    Sessi Kaunseling dengan mereka yang tertuduh
c)    Taklimat kepada wakil agensi/pelawat &
d)    Bahan/Dokumen Pentadbiran SRS

Terdapat 1 lagi Pos Kawalan yang didirikan dengan peruntukan Agensi kerajaan yang lain serta sumbangan individu sebagai bukti komitment sokongan dan pengiktirafan mereka terhadap sumbangan SRS kepada komuniti.




a)    Pos 1 – Terletak di Jalan masuk Utama ke Kg Malaysia Raya
(Bekalan Letrik/Air disediakan. Makan/minum disediakan disini setiap malam. lapor diri serta taklimat operasi harian dijalankan disini . Alat-alat yang perlu ada di pusat rondaan seperti Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga ada disini)




2015 Rondaan Berbasikal dimulakan secara Rasmi



Majlis Raikan 6 SRS di Dataran KAMARA
dalam Sub Zon 9 tahun 2015



SALINAN REKOD DAFTAR PERMAUSTATIN (Senarai Anggota)

BERIKUT ADALAH SENARAI ANGGOTA
SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)
BIL NAMA NO.K.P

1 SAIFUL NIZAM B HASHIM 801003-14-5345
2 MOHD NOR B MOHD MOHTAR 800804-14-5877
3 SABARIAH BT MAHMOOD 520221-10-5324
4 NORHAKIM BIN NORDIN 831210-14-5257
5 TARMIZI B HARUN@ISMAIL 690317-04-5065
6 ROSLI MD ZIN 610716-10-6037
7 MUHAMMAD NUR ZAIRI B MOHD NAZARI 880326-56-5287
8 MOHD AZAHARI B HARUN@ISMAIL 830906-14-5189
9 ISMAIL B YUSOFF 570509-05-5069
10 ZOLKIFLI B OSMAN 530727-01-5405
11 FAZIL B NOOR MOHAMED 880731Z-14-5755
12 AMRAN B OTHMAN 630526-04-5489
13 SHARUDIN B YASIN 630918-04-5509
14 ABDUL RAHIM B ABDULLAH 650518-10-7043
15 RAMLY BIN ABDUL RAHMAN 650409-10-6893
16 BASARUDIN B MOHD TAPI 620908-10-6567
17 HJ RAHMAT B KHAMIS 371007-04-5133
18 HJ MUSTAPHA B ABDULLAH 490209-01-5217
19 JALALLUDIN B MOHD TAPI 610127-105667
20 ROZAINI B MD ZIN 650406-10-6767
21 SHARIMAH @SARAH ISAH 660608-08-5166
22 NORHAYATI BT ODIN 721103-14-5350
23 NORYANI BT OMAR 811115-01-6096
24 WAN MD JALAL AZMI B WAN OTHMAN 680727=11-5039
25 ABD LAJAN@ANUAR B HAYATULLAH 470325-10-5545
26 MUHD ASHA’ARI B RUSDI 710110-08-6885
27 ROSLAN B ABDUL RAHMAN 620313-10-6867
28 MUHAMMAD FADHIL B MOHD ZAINUDDIN 881002-56-5607
29 MOHD NASRUL ASMI B OMAR 821207-01-5989
30 HAIDIR B MUSA A1833976
31 ALIFF B SIDEK 820715-14-5339
32 SAM SAIFUL B SIDEK 880618-56-6945
33 MOHD ZAINUDDIN B HJ AMRAN 621007-08-5257
34 MOHD JOHARI B MANSOR 830506-14-5681
35 AZIZ B TUKIMIN 621201-01-6511
36 MOHD NAJIB B ABDUL SAMAD 701126-04-5047
37 MOHD MAHMOOD BIN BASIR 770123-14-5383
38 MIHAT B SADON 530923-08-5179
39 KHAIRUL SALLEH B HASAN 670205-02-5029


* KUASA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN (SRS)
Pemastautin sukarelawan semasa menjalankan rondaan adalah mempunyai kuasa seperti Pegawai Polis berpangkat konstabel. Walau bagaimanapun kuasa tersebut adalah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah Rukun Tetangga yang boleh dinyatakan secara lisan atau bertulis.


** Aktiviti SRS KAMARA boleh di ikuti di laman https://www.facebook.com/SRS-KAMARA

No comments:

Post a Comment