Sunday, 29 May 2016
Thursday, 31 January 2013
PROFIL
KAMPUNG
KG MALAYSIA RAYA
DISEDIAKAN OLEH:
SEKRETARIAT
PENDUDUK KG MALAYSIA
RAYA
D/A Dewan Orang Ramai , Kg. Malaysia Raya,
Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-90554249
email: kgmalaysiaraya@yahoo.com
Motto:
NAMA & SEJARAH KAMPUNG
Kampung ini adalah penempatan pertama Melayu pada akhir 60an yang telah mendapat kelulusan
berstatuskan sebuah kampong dan dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Mukim
Petaling yang mana dibawah kerajaan Negeri Selangor. pada ketika itu.
Penduduk awal perkampongan ini adalah daripada empat
penempatan lain yang pada ketika itu memohon untuk ditempatkan semula kesan
daripada pembangunan semasa. Empat penempatan yang dimaksudkan itu adalah
seperti berikut:
1.Penduduk daripada Pekan Sg. Besi
2.Penduduk
daripada Kg. Ampera, Batu 3, Jln. Sg Besi
(Berhampiran TUDM)
3.Pekerja di Sg. Besi Mines, (The
Mines Resorts)
4.Razak Mansion Flet, Jln. Sg. Besi
Perpindahan pertama
setelah kelulusan tersebut telah dibuat pada 1969 dan perpindahan secara
berikutnya telah dijalankan kemudian.
Nama kampong ini diberi bersempena dengan nama
sebuah Kapal “MALAYSIA RAYA” yang
digunakan oleh Kerajaan Malaysia pada ketika itu untuk membawa jemaah Haji
daripada Malaysia ke Mekah.
Nama ini telah
diabadikan bersempena nama tersebut apabila kapal yang dimaksudkan itu terbakar
dan tidak diteruskan perhidmatannya pada tahun 1973. Sejak daripada itu Kapalterbang telah
digunakan bagi pengurusan Jemaah Haji kita.
Mercu Tanda &
Pintu Gerbang Kampong
Kg Malaysia
Raya terletak di KM 5 Lebuhraya Besraya bertol. Dari Kuala Lumpur disebelah Kiri jalan tersebut.
Jalan Pauh Kijang adalah jalan masuk utama yang jua menghubungkan ke Stesyen
LRT, Komuter dan Espress Rail Link KLIA.
Mercu tanda terkini adalah Stesyen "Terminal Bersepadu Selatan" atau lebih dikenali dengan nama TBS yang hanya boleh berjalan kaki sahaja jaraknya.
Perkataan KAMARA adalah ringkasan kepada Kg Malaysia Raya dan
berlatar belakangkan warna “Jingga (Orange) ” sebagai tanda
Kecerian dan perpaduan penduduk
KAMPUNG KITA TANGGUNG JAWAB KITA
LOKASI
Kampong Malaysia
Raya terletak di kilometer 4, Jalan Sg Besi (Lebuhraya BESRAYA) dan terletak dikawasan
seluas 24.7 ekar . (400 meter
X 250 meter) atau kira-kira
100,000 metre persgi.
Terdapat 75 Lot Tanah yang puratanya keluasan 3500Kaki Persegi bagi setiap lot.
Terdapat sekitar 290 rumah dalam Kg Malaysia Raya.
Peta sempadan sekitar Kg Malaysia Raya
Peta Lokasi setiap Lot dalam Kg Malaysia Raya
Terdapat 75 Lot Tanah yang puratanya keluasan 3500Kaki Persegi bagi setiap lot.
Terdapat sekitar 290 rumah dalam Kg Malaysia Raya.
Peta sempadan sekitar Kg Malaysia Raya
Peta Lokasi setiap Lot dalam Kg Malaysia Raya
DISEDIAKAN OLEH:
SEKRETARIAT PENDUDUK KG MALAYSIA RAYA
D/A Dewan Orang Ramai , Kg. Malaysia Raya, Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-90554249
email: kgmalaysiaraya@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)